2024.03.28Sambutan Nuzul Al-Quran 1445H17 RamadanPeristiwa Nuzul Al-Quran1. Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS di Gua Hira’ Makkah.2. 5 Ayat pertama yang diturunkan adalah daripada surah Al-‘Alaq.3. Al-Quran diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun.Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan hidayah kepada seluruh umat manusia. Marilah kita menghayati Ibrah Peristiwa Nuzul Al-Quran dan perbanyakan membaca al-Quran.Perang Badar KubraPerang Badar Kubra berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 hijrah. Punca perang badar berlaku apabila Umat Islam diusir dari Makkah, Umat Islam ditindas oleh kaum kafir Quraisy dan untuk memberi pelajaran kepada kaum Quraisy.Seramai 1000 orang tentera Quraisy manakala tentera Islam hanya 313 orang sahaja. Tentera Islam diketuai oleh Baginda Nabi SAW manakala tentera Quraisy diketuai oleh Abu Jahal. Dengan izin Allah SWT, tentera Islam yang diketuai oleh Baginda SAW telah memenangi peperangan ini.Seramai 14 orang tentera Islam telah Syahid dan 70 orang tentera Quraisy terbunuh (termasuk Abu Jahal) manakala 70 lagi ditawan.Petikan dari Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM (https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia)Aktiviti di Masjid Al-Falah pada hari ini: Kuliah Subuh Khas.Bual Bicara: Al-Quran Syafaat Buat Diriku.|Oleh: Dr Muhammad Hafiz bin Saleh (Pensyarah Kanan USIM, Nilai) dan Ustaz Mohd Radhi bin Abdul Ghani (Imam Masjid Tunku Mizan, Putrajaya) Tadarrus Al-Quran Harian8.30 pagi hingga 9.30 pagiMengikut kumpulan masing-masing. Majlis Bacaan 30 Juz Al-Quran dan Khatam9.45 pagi hingga 10.25 pagiDipimpin oleh Ambe, Imam Masjid Al-Falah USJ 9Muslimin dan Muslimat digalakkan berpakaian PUTIH. Kuliah Dhuha KhasMencari Imtinan HafiyaOleh: Tuan Guru Sheikh Zainul Asri10.30 pagiDewan Solat. Kuliah Zohor KhasTazkirah sempena Nuzul Al-QuranOleh: Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr Luqman bin Haji Abdullah (Mufti Wilayah Persekutuan)
Is this your store?
Upgrade your digital experience
Take hakimi^nur – Duniaku Dakwahku to the next level — better speed, design & conversions.
Powered by HANARAD · RAIDLAYER · WORK24
Want a site like this? We build it.
Web development, hosting, email marketing & more — all under one roof.